TAK TAHU NAK KETAWA ATAU NAK NANGES.

.

.

Mcm mana nak mula cerita ek?

Kisah baru jer berlaku, ptg td.

.

Nie bukan air mountain dew tau..nie minyak petrol. Dan yg pegang tu bukan kk tapi akak kek @nooritajaffar …

.

KK nie tak ramai kawan.Memang drp sek lagi dia laa yg KK ada dan adala dua tiga org lagi geng sekelas. Kawan Univ dan Maktab, ermm..jangan tanya..KK tak tahu jawapannya.

.

Ptg td lepas COD baja, memang dah niat nak ke kedai dia di BBU. Rindu sgt nak makan kek dia. Drp ari tu dah ckp kat ita.

.

Mcm biasa, sampai je kedai, kk jerit laa, “itaaaa…” sambil tangan bukak peti sejuk tempat display kek2 lapis..tapi pekerja ita si Jess terus ckp..

“Kak ita baru je keluar, jalan kaki bwk botol nak ke Petronas, beli minyak sbb kereta dia abes minyak”..,

.

KK nie lmbt sikit loading..lepas mengunyah sekerat kek lapis, baru tersedar..”apa..?? dia jalan kaki gie Petronas ? skrg ni..?”

.

Terus kk keluar drp kedai dn masuk kereta, ckp dgn cg jep nak cari ita. “abg, jom tolong cari ita, ada ke dia jalan kaki tengah2 panas nie gie Petronas tu..”

.

Cg Jep pun melaju bwk kereta..sambil mata kami deras mencari kelibat ita..”abg..nampak tak ita ?”…

.

Keluar jer drp simpang nk masuk ke jalan besar , terus cg jep ckp..

“ma..tu haa ita..tengah jalan kaki “…iskk bdk nie..(kk mula bebel dlm kereta..)

.

Nampak dia terkedek2 jalan sambil toleh2 ke belakang..dlm tengah2 panas berdenting tu, suhu kat luar 34 degree tau..Allahuakhbar..kawan aku sorang nie..🤦‍♀️😭

.

Sampai dekat jer, kereta kami slowkan, dan kk pun jerit sergah dia..” ITA !! …masukk kereta!”

.

Ita memang sgt terperanjat dan dlm gelak tawa kami ditepi hiway tu, KK nmpk sesuatu..tp biarlah itu jd rahsia kk..”dah! cpt masuk”

.

Panas sgt hari ini, Allah duga kawan baik kk..tpi dia tabah dan redha jer. Mujur Allah gerakkan hati kami utk ke kedai ita cepat td..terima kasih Allah.

.

KK memang ketawa..tp dlm hati..sebak sgt. Masa KK susah hanya Ita yg memahami, dan ketika dia dlm kesulitan, Allah gerakkan hati KK dtg tepat masanya. Allahu..

.

Yakin pd DOA..Yakin pd DIA..kerana Allah sentiasa jadi pemerhati.

.

Kisah sebotol minyak petrol hari ini, buat KK ketawa dan menanges, kerana semuanya berlaku dgn Izin Allah.😭

.

#sahabatselamanya

About Ayulg

Seorang guru pencen dan kini seorang Usahawan Bisnes Online STG sepenuh masa.Mencipta dunia baru yang lebih bermakna dan sedang menuju ke arah Kebebasan kewangan.. Seorang Isteri kepada seorang suami yg penyayang dan ibu kpd sepasang anak2 anugerah Allah.
This entry was posted in Kisah KK and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen