Bisnes Mengajar Erti Kesabaran

Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah.

Inilah dinamakan sebagai roda kehidupan. Jangan risau. Ia normal bagi setiap manusia.

Dalam hidup ini, kalau anda nak belajar menjadi seorang yang penyabar anda perlu buat dua perkara iaitu memancing dan berbisnes. Kedua-dua aktiviti ini dapat mengajar anda bagaimana untuk menjadi seorang yang penyabar.

Memancing dengan bisnes lebih kurang sama situasinya.

Apabila anda memancing, nak tunggu ikan makan umpan sungguh lama. Kadang-kadang dapat, kadang-kadang tak dapat langsung. Caranya, umpan tu anda mesti tambah “kick” lagi supaya menarik perhatian ikan. Kalau anda guna umpan biasa, ikan pun dah rasa jemu.

Begitulah juga dalam situasi berbisnes. Anda kena pandai tarik pelanggan. Kalau memancing kita guna umpan, dalam bisnes kita guna copywriting. Copywriting inilah ayat untuk menarik pelanggan supaya membeli produk kita. Kalau ayat anda tunggang langgan, tidak teratur dan tidak sedap, bagaimana prospek akan meyakini dengan poduk kita.

Sebenarnya, dalam bisnes kita bukan sahaja sabar apabila tiada pelanggan. Banyak lagi faktor lain yang perlu kita sabar. Jika anda tidak sabar, anda tidak layak untuk buat bisnes.

Teruskan bergerak ke hadapan jika ada manusia lain cuba memandang rendah terhadap anda apabila buat bisnes. Mereka sebenarnya ingin menjatuhkan semangat anda dan seterusnya buat anda berputus asa. Jika anda berputus asa, mereka akan lebih berasa gembira.

Jangan terus berasa putus asa. Jangan mudah terus terasa dengan kutukkan orang di sekeliling anda. Buktikan kepadanya bahawa anda boleh berjaya dalam bidang bisnes. Walaupun anda seorang baru dalam dunia bisnes dan nak cuba terus ke maju ke hadapan, mesti akan ada mulut yang mengata di belakang.

Itu semestinya.

Harap anda termotivasi dengan artikel saya kali ini. Akhir kata dari saya, nak berjaya itu memang pahit. Itulah percaturan alam.

 

CREDIT KPD SHBT BLOGGER :http://www.faizalias.com/

About kintansalleh

Seorang guru dalam masa yang sama adalah seorang Usahawan..Mencipta dunia baru yang lebih bermakna dan sedang menuju ke arah Kebebasan kewangan.. Seorang Isteri kepada seorang suami yg penyayang dan ibu kpd sepasang anak2 anugerah Allah.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s