BVSM dan Sinar Harian

–》》 Petikan drp akhbar sinar Harian《《–
image

KOTA TINGGI – “Keadaan kesihatannya makin teruk, malah tulang belakang kian membengkok menyebabkan isteri saya kelihatan semakin mengecil,” kata Mohd Faizal Jamaludin, 35, suami kepada Hani Arziana A Razak, 33, yang kini menderita penyakit tulang belakang.

Menurut bapa kepada dua anak itu, keadaan kesihatan isterinya semakin serius selepas terjatuh ketika mengandungkan anak bongsu mereka menyebabkan Hani terlantar selama tiga bulan.

“Menurut doktor, tulang rawan isteri semakin menipis dan membengkak.

“Jika dahulu isteri saya yang bekerja sebagai pembantu tadbir menggunakan pengangkutan awam seperti bas untuk berulang alik ke tempat kerja.

“Namun, ekoran keadaannya yang tidak boleh berdiri lama dan cepat lemah menyebabkan dia kini perlu memandu sendiri ke tempat kerja di Johor Bahru.

“Dari luaran memang dia nampak sihat seperti orang lain, tetapi hakikatnya dia sedang menderita. Kadang kala saya juga tidak sanggup melihat keadaannya terutamanya ketika sakitnya menyerang,” katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan tilam khas daripada Pejabat Parlimen Tenggara.

Terdahulunya Mohd Faizal mewakili isterinya menerima bantuan yang disampaikan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ismail Karim sempena majlis mesra pemimpin dan penyampaian sumbangan Parlimen Tenggara di Dewan Teratai Kampung Batu Empat di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique; Adun Panti, Datuk Baderi Dasuki, dan Pengurus Besar Wilayah Felcra Negeri Johor, Zulkifli Sidek.
Mohd Faizal yang bekerja di Pejabat Pos Kota Tinggi berkata, pihaknya sememangnya tilam khas tersebut yang berharga RM1,000.

Bagaimanapun dia bersyukur dan gembira kerana permohonannya untuk mendapatkan tilam khas untuk pesakit tulang belakang yang diajukan kepada Pejabat Parlimen Tenggara mendapat perhatian dalam tempoh tidak sampai sebulan.

“Pelbagai ikhtiar telah dilakukan untuk memulihkan isteri termasuklah mendapatkan rawatan tradisional.

” Alhamdulillah diharap dengan bantuan yang diberikan ini dapat membantu menyembuhkan isteri saya. Terima kasih kepada wakil rakyat kerana prihatin dengan nasib kami,” katanya.

Syukur alhamdulillah. ..BVSM banyak membantu..bagi yg ingin mendapatkn BVSM..sms or whatsapp sy di 0197110669.

About kintansalleh

Seorang guru dalam masa yang sama adalah seorang Usahawan..Mencipta dunia baru yang lebih bermakna dan sedang menuju ke arah Kebebasan kewangan.. Seorang Isteri kepada seorang suami yg penyayang dan ibu kpd sepasang anak2 anugerah Allah.
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s